Nota SAINS

Sembang Sains Teh Tarik

ProjekSAINS

ProjekSAINS merupakan usahasama beberapa individu dan kumpulan dalam menaikkan tahap literasi sains di kalangan rakyat Malaysia. Projek ini dirasmikan pada 11 November 2016 melalui laman Facebook.

Ikuti kami di laman Facebook, Twitter dan Instagram.

Kami boleh dihubungi melalui emel projeksainsmalaysia@gmail.com

VISI

Visi kami ialah supaya ilmu terutamanya Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (S.T.E.M.) disebarkan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia dan tidak terhad untuk disampaikan di sekolah sahaja.

MISI

  1. Memastikan perkembangan dan pengetahuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (S.T.E.M) disampaikan melalui 4 medium utama: iaitu medium tulisan atas talian (blog/laman), medium rakaman atas talian (vlog/podcast), medium tulisan bercetak (majalah/buku), dan medium rakaman siaraya (TV/radio).
  2. Menggalakkan mana-mana kumpulan atau individu yang giat menyampaikan perkembangan atau pengetahuan dalam bidang STEM melalui mana-mana medium yang disebutkan terutamanya yang berpusat di Malaysia.

Inisiatif ProjekSAINS

  1. NotaSAINS merupakan laman blog catatan pelajar-pelajar dalam bidang sains dan teknologi yang sedang ingin mencapai cita-cita sebagai saintis.

 

Advertisements
%d bloggers like this: