Nota SAINS

Sembang Sains Teh Tarik

Sains dan Kita

Makise Kurisu dan Okabe Rintarou ‘mad scientist‘ anime ‘Steins;Gate’. gambar dari Walldevil.com

REALITI MALAYSIA

Statistik PISA

Sejak 2000, Programme for International Student Assessment [Program Penilaian Pelajar Antarabangsa] (PISA) diadakan setiap 3 tahun untuk “melihat sejauh manakah remaja telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi ahli masyarakat yang berjaya” dengan menggunakan pelajar berumur 15 dan 16 tahun sebagai sampel. Program ini diasaskan oleh Organization for Economic Co-operation and Development (OECD). Malaysia telah menyertai program ini pada tahun 2009 dan 2012. Keputusan yang didapati tidaklah begitu memberangsangkan di bawah purata dalam ketiga-tiga bahagian; Matematik, Sains, dan Pembacaan (Literasi)[1][2]. Keputusan untuk penyertaan tahun 2016 masih belum dikeluarkan (setakat penulisan ini).

Pembandingan Purata PISA Pembacaan Matematik Sains
2009 OECD 493 496 501
Malaysia 411 404 422
2012 OECD 496 494 501
Malaysia 398 421 420

Matlamat 60-40 Kerajaan Malaysian

Kerajaan menjangkakan sebanyak 60% pelajar untuk mengambil aliran sains dalam Tingkatan Empat untuk kemajuan negara dalam Sains dan Teknologi. Namun, hanya 20% pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran sains. Realitinya negara-negara luar seperti Jepun, Jerman dan Amerika mempunyai kakitangan dalam bidang Sains melebihi 30%[3]. Hal ini membimbangkan pihak kerajaan (dan saya sebagai pelajar sains) kerana ia boleh menjejaskan masa depan negara dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (S.T.E.M.). Adakah ini disebabkan pelajar tidak berminat dalam sains atau ada faktor lain?

PENYATAAN MASALAH

Tanggapan ‘Bahasa Ilmu’

Rata-rata pelajar akan kata yang mereka lebih sukakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik[4]. Hakikatnya, mereka lebih sayangkan terma-terma dalam Bahasa Inggeris yang mereka gunakan sejak bangku sekolah rendah dan prasekolah lagi dan bukan Bahasa itu sepenuhnya. Sains perlu diajarkan dalam bahasa yang paling mudah difahami iaitu bahasa ibunda (atau first spoken language)[5]. Sedangkan Sains susah dihadam, kenapa nak tambah lagi kesukaran dengan menggunakan bahasa yang kurang difahami?

Tiada masalah untuk Sains difahami dengan apa-apa bahasa asalkan bahasa itu cukup sifatnya. Bahasa Melayu sudah cukup lengkap sifatnya[6], maka kenapa ia tak boleh digunakan? In the end, istilah Bahasa Ilmu sebenarnya tak wujud. Ilmu adalah untuk diamalkan. Bahasa hanyalah medium untuk sampaikan ilmu.

Kekurangan Media untuk Meningkatkan Kesedaran dan Minat Ilmu

Kekurangan media untuk meningkatkan kesedaran dan minat ilmu merupakan satu masalah yang perlu ditangani. Artis-artis banyak disanjung; mana hilangnya nama saintis-saintis terkemuka? Ramai nak masuk Akademi Fantasia dan Raja Lawak; tahukahwujudnya Science Fair dan banyak lagi berkenaan kemajuan Sains yang tidak diketahui ramai, termasuk saya? Maka, saya ingin mengambil inisiatif ini untuk mengambil cabaran Sains Komunikasi di Malaysia.

[dikemaskini: 27 Sept 2016]


Rujukan

[1] Rozaini Mohd Rusli (2013) Kajian TIMSS dan PISA: Status Pencapaian Malaysia. Rozaini Mohd Rusli’s Blog [blog].
pautan: https://rozainimohdrosli.files.wordpress.com/2013/12/status-pencapaian-malaysia-dalam-timss-dan-pisa.pdf

[2] Amnah Abdullah, & Peters, R. F. (2015) Malaysia’s Post-PISA2012 Direction. International Journal of Culture and History Vol 1 (1)
pautan: http://www.ijch.net/vol1/003-D00003.pdf

[3] Aina Nasa & Zafira Anwar. 23 May 2016. Too few STEM students. New Straits Times Online. [akhbar online] (akses: 16 Ogos 2016)
pautan: http://www.nst.com.my/news/2016/05/147260/too-few-stem-students

[4] Chan Swee Mei & Marina Zahari. 2015. Attitude of Undergraduate Students Towards Mathematics: A Case Study at the National University of Malaysia. International Future Scientist Conference (4): 202 – 208.

[5] Corporate Communications Unit, Ministry of Education Malaysia. 5 October 2011. Why PPSMI is abolished. The Star Online. [akhbar online]. (akses: 29 July 2016)
pautan: http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2011/10/05/why-ppsmi-is-abolished/

[6] Teo Kok Seong, PhD. 26 Ogos 2016. Jati Diri Kebangsaan Memacu Keharmonian Negara: Cabaran dan Harapan Pelajar ASASIpintar. Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. [Ceramah].

Advertisements