Salam sejahtera para pembaca yang setia! Hari ini mari kita bercerita mengenai sel-sel lemak yang mungkin akan menggerunkan sesetengah dari kita. Namun, patutkah kita membenci sel-sel lemak seratus peratus? Apa yang anda pernah tahu dan apa yang anda belum tahu tentang sel-sel lemak? Mari kita ikuti sedikit sebanyak mengenai sel-sel lemak dalam artikel ini.

1. Apakah itu sel-sel lemak?

Sel-sel lemak atau dikenali sebagai adiposit merupakan sejenis sel tisu penghubung yang berperanan untuk mensintesis dan menyimpan lemak.  Sel-sel lemak sangat penting untuk tubuh badan dan tidak ada manusia yang tidak ada lemak langsung walaupun seseorang itu terlalu kurus.

2. Fungsi sel-sel lemak

Sel-sel lemak sangat penting lebih dari apa yang anda jangkakan. Mereka bukan sahaja bertindak sebagai penyimpan tenaga dan juga menjadi penebat haba, malah menjadi pelindung kepada organ-organ penting dengan menyerap gegaran. 

Macammana tu? Bayangkan seperti botol kaca yang diletakkan ke dalam kotak dengan banyak gumpalan kapas. Macamtulah fungsi lemak yang membalut organ  dalam badan kita. Lemak-lemak ini digelar sebagai ‘visceral fat’. Namun, mempunyai lemak jenis ini dengan terlalu banyak pun akan membahayakan kesihatan kita juga. Hal ini kerana ia akan membalut organ-organ dan menyebabkan mereka susah hendak bekerja terutamanya jantung.

Dan paling dahsyat sekali ialah, visceral fats ni lagi bahaya dari subcuteneous fat iaitu lemak-lemak yang ada bawah kulit anda.

3. Fakta-fakta mengenai sel-sel lemak.

  • Kita tak akan boleh ‘bakar’ sel-sel lemak.

Salah satu perkara yang mengejutkan Yaya ialah sebenar-benarnya, sel-sel lemak tidak akan hilang walaupun kita berdiet ataupun melakukan senaman! Jumlah sel-sel lemak akan kekal dalam jumlahnya dan apa yang membezakan ialah saiznya! Satu sel lemak mempunyai kebolehan untuk mengembang sebanyak 1000 kali ganda! Wow! Maka, apabila kita bersenam atau mengamalkan diet, kita sebenarnya sedang mengecutkan sel-sel lemak.

Jadi, lepas ini kalau nak ajak rakan-rakan pergi berjoging, jangan kata dengan dia “Weh, jom bakar lemak!”. Sebaliknya, boleh lah cakap, “Weh, jomlah kecutkan lemak.” Hehehe.

Jangka hayat satu-satu sel lemak ialah sekitar 8 tahun setengah! Wah! Lama juga sel-sel lemak ni hidup berbanding sel-sel lain seperti sel-sel darah dan lain-lain. Sel-sel lemak akan mati apabila kitaran hidupnya berakhir dan akan digantikan dengan yang baharu.

Walaubagaimanapun, biarpun sel-sel lemak yang baharu akan dibuat selepas kematian sel-sel yang lama, jumlah sel-sel lemak ini tidak akan melebihi jumlah yang telah ditetapkan sewaktu akil baligh. Sebagai contoh, katakanlah Ali mempunyai 50 ribu sel lemak pada waktu akil baligh, bermakna untuk sepanjang hidup Ali, purata sel-sel lemak akan sekitar 50 ribu sel jugak.

Itulah sebabnya kita perlu cegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Kalau sebelum akil baligh pun dah terlalu banyak lemak, bagaimana pula nanti selepas akil baligh?

  • Peningkatan saiz-saiz sel-sel lemak menyebabkan pelbagai masalah metabolik.

Peningkatan saiz (hipertrofi) menyebabkan pelbagai masalah termasuklah rintangan insulin. Ini bermaksud, orang-orang yang mengalami obesiti lebih berisiko untuk menghidapi diabetes! Walaupun insulin yang dihasilkan cukup untuk keperluan badan, namun sel-sel badan tidak dapat menggunakannya dengan efisyen.

Hasil carian imej untuk hypertrophy of fat cells and effect on health
Kronologi hipertrofi sel-sel lemak dan kesan-kesannya. / Ihsan frontiersin.org

Terlalu banyak atau terlalu sedikit lemak kedua-duanya mendatangkan masalah kepada tubuh badan. Tetapi, bagaimana caranya hendak mengukur lemak?
Ada beberapa cara untuk mengukur peratusan lemak. Tetapi, dalam artikel ini Yaya akan kupaskan dua cara sahaja.

1 – Menggunakan kaliper

Hasil carian imej untuk kaliper pengukur lemak
Alat kaliper untuk pengukur peratusan lemak. /Ihsan Elevenia

Cara-cara untuk menggunakan alat ini secara ringkasnya akan melibatkan mengukur lipatan lemak pada bahagian-bahagian badan yang tertentu seperti bahagian abdomen. Lapisan lemak dibawah kulit akan ditarik menjauhi otot sebelum diukur menggunakan alat ini. Kadar ketepatan alat ini biasanya bergantung kepada si penggunanya sama ada cekap ataupun tidak.

2 – Bio-Electrical Impedance Analysis (Alat Analisis Galangan Bio-Elektrik)

Secara ringkasnya alat ini menggunakan prinsip pengiraan rintangan elektrik yang melalui bahagian-bahagian badan untuk menentukan peratusan lemak. Sebagai contoh, tisu pejal seperti otot yang mempunyai kandungan air yang tinggi mempunyai rintangan yang paling rendah diikuti dengan tisu lemak yang mempunyai rintangan yang lebih tinggi dan tulang-temulang yang mengenakan rintangan yang paling tinggi.

Mesin ini bukan sahaja mengira peratusan lemak, malah mengira berat tulang, otot dan sebagainya. Galangan [Impedance] ialah jumlah vektor komponen rintangan dan juga komponen regangan. Kalau hendak bercerita lebih lanjut lagi sudah masuk bab fizik pula!

Sebenarnya mesin BIA ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis. Salah satunya seperti yang dibawah. Walaupun ia mengalirkan elektrik ke seluruh badan, ia langsung tak rasa sakit!

Hasil carian imej untuk Bio-Electrical Impedance Analysis
Mesin Bioelectrical Impedance Analysis (BIA). /Ihsan Shape.com

Baiklah. Nampaknya sampai disini sahaja artikel kali ini. Ringkasnya, sel-sel lemak tidak ubah seperti individu-individu yang kecil, yang semakin banyak lebihan kalori yang tidak digunakan, semakin mengembanglah ia.

Oh! Untuk menurunkan berat badan sebanyak satu paun (453.6 gram), kita perlu menggunakan lebih 3500 kalori berbanding pengambilan kita sehari. Maksudnya, kalau kita ambil 2000 kalori sehari, kita perlu bersenam lebih untuk menggunakan sebanyak 5500 kalori sehari. Kalau anda hendak turunkan berat sebanyak 1 paun sehari lah! Tapi ingat, terlalu tergesa-gesa pun tak baik juga untuk kesihatan.

Hasil carian imej untuk still mad you only lost a pound
Ini merupakan jumlah lemak sebanyak 1 paun.Ingat satu paun lemak tu sikit ke? Banyak tau. /Pinterest

Jaga diri, jaga kesihatan. Sampai bertemu lagi di artikel akan datang. In shaa Allah. ❤

Advertisements