Pengenalan

Mungkin kedengaran sedikit eksklusif kerana seolah-olah gincu tersebut tahu apa yang paling sesuai dengan anda. Kebanyakan daripada kita ingin percayakannya lebih-lebih lagi setelah mencuba sendiri.

“Eh, kenapa orang lain pakai warna merah jambu cair tapi warnanya jadi merah jambu pekat bila aku pakai? Walhal sama je gincunya.”

Sebenarnya ada sains disebalik gincu yang anda pakai.  Bukan magik tetapi sains! Itulah yang Yaya cuba nak sampaikan. Baiklah. Kita mulakan perjalanan kimia kita!

Hasil pencarian Yaya tentang bahan dalam gincu membawa Yaya kepada bahan kimia yang bernama Red 27 Lake dye. Red 27 Lake dye adalah salah satu dari kumpulan pewarna [dye] Eosina yang memberikan warna merah jambu.

Apakah itu Eosina?

Eosina merupakan nama bagi beberapa jenis kompaun pendarfluor berasid yang bertindak dengan alkali untuk membentuk garam. Eosina mempunyai cas-cas negatif yang akan bertindak dengan cas-cas positif oleh komponen di dalam sel-sel seperti sitoplasma yang akan menyebabkan ianya berwarna merah jambu.

Hasil carian imej untuk cells stained with eosin dye
Rupa sel-sel yang telah diwarnakan dengan pewarna Eosina. /The Histology Guide

Bagi pembaca yang belum tahu, sebenarnya sel-sel dalam badan kita tak berwarna pun. Jadi, bila kita nak lihat dibawah mikroskop, kita perlukan pewarna untuk melihat butir-butir sel tersebut dengan lebih jelas. Sekiranya tidak, ia akan kelihatan seperti dibawah.

Hasil carian imej untuk cells without stain
Sel-sel bahagian dalam pipi tanpa sebarang pewarna. /Microscopy UK

Boleh lihat kan perbezaannya? Haa. Selama ini kita kenal larutan Metilena biru [Methylene blue] sahaja sebagai salah satu pewarna sel-sel untuk eksperimen di makmal, hari ini kita berkenalan dengan Eosina pula.

Disebalik pertukaran warna gincu mengikut warna merah darah.

Eosina yang terdapat dalam pewarna Red 27 Lake dirumus khas dalam kosmetik tidak mempunyai warna sekiranya dilarutkan didalam medium yang tidak mengandungi air. Apabila ianya terdedah dengan lembapan, contohnya pada bibir, kulit mahupun lembapan didalam udara dan sebagainya akan berlaku tindak balas dan pertukaran warna akan berlaku.

Seperti yang kita tahu, Eosina bertindak balas mengikut keasidan dan kealkalian sesuatu bahan untuk membolehkan ianya bertindak sebagai pewarna. Jadi, tidak hairanlah berlaku variasi warna mengikut individu kerana nilai pH yang terdapat pada setiap individu juga berbeza.

Tak kisahlah apa pun warna asal gincu itu, warna biru ke atau hijau waima warna lain sekalipun, ianya pasti ada kena mengena dengan pewarna seperti pewarna Lake 27 yang juga mengandungi Eosina.

Selepas ni kalau-kalau nak pakai pelembap bibir yang boleh tukar warna atau gincu, mungkin boleh tengok apa bahan-bahannya. Mungkin ada jumpa red lake 27 dye?

Fakta Tambahan Menarik Untuk Pembaca

Jauh sebelum pewarna Eosin digunakan dalam gincu, sejenis pigmen yang diberi nama karmin [carmine] pernah digunakan untuk menghasilkan warna merah. Pigmen ini diperolehi daripada sejenis kumbang iaitu chocineal bug.  Selain penggunaan dalam kosmetik, ianya juga digunakan dalam pewarna makanan dan minuman. Jangan ingat serangga tak berguna tau!

Hasil carian imej untuk conchineal bugs
Kumbang cochineal. /Snopes

P/s: Yaya pun terlibat juga dengan pembelian pelembap bibir ni. Dari situlah datangnya inspirasi nak menulis artikel ini. Selamat jadi cantik dengan sains! (walaupun anda dah cukup cantik tanpa gincu 🙂 Tapi tak salah nak pakai)


Rujukan:

-https://ntp.niehs.nih.gov/ntp/htdocs/chem_background/exsumpdf/reddyes_508.pdf

– http://histology.leeds.ac.uk/what-is-histology/H_and_E.php

-http://bitesizebio.com/13400/a-beginners-guide-to-haematoxylin-and-eosin-staining/

-http://www.cosmeticsandskin.com/cdc/indelible.php

Advertisements