BANGI – Pengunjung daripada pelbagai pelusuk Negara Malaysia yang mewakili pelbagai pihak kerajaan dan bukan kerajaan termasuk ibu bapa yang peduli tentang pelajaran anak-anak mereka datang menghadiri Program Bual Santai “Kenali Anak Pintar” yang dibicarakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada 6 Ogos yang lalu.

Para alumni Kolej PERMATApintar Negara dan wakil dari Kolej PERMATA Insan juga turut hadi berkongsi pengalaman. Tidak dilupakan juga wakil ibu bapa pelajar program tersebut membuka mulut berkongsi pengalaman membesarkan anak mereka.

Wakil dari 5 angkatan alumni Program PERMATApintar bersama guru mereka berkumpul bagi sesi fotografi

“Sebelum adanya Program PERMATA, ibubapa yang sedar akan bakat anak mereka dan keperluannya selalu sahaja menghantar anaknya ke luar negara bagi mendapatkan pendidikan yang sesuai.” Datin Rosmah membuka sesi dengan asal usul Program.

“Saya tidak boleh menghalang mereka. Mereka memang patut mendapatkan pendidikan khas untuk pelajar berbakat tapi takkan nak biarkan negara kita tanpa pendidikan yang sesuai untuk anak-anak yang berbakat ini?” sambungnya lagi.

Prof. Dato’ Dr. Noriah Mohd Ishak, pengarah Pusat PERMATApintar Negara, menambah, “Baru-baru ini ada kisah warga Australia mendapat skor IQ lebih tinggi daripada Stephen Hawking. Rupanya dia asalnya warga Malaysia! Sayangnya kalau kita lepaskan pelajar pintar begitu sahaja kerana tiada kemudahan.”

Selain itu, Prof Noriah juga ada menganggarkan jumlah pelajar dalam kategori pintar di Malaysia mencecah 6,000 orang! Ke mana pelajar ini mahu pergi kalau program yang sepatutnya tidak disediakan?

Tambahnya juga, Program PERMATApintar adalah antara Program untuk pelajar berbakat yang terbaik di dunia!

Mereka juga berkongsikan visi dan hala tuju Program PERMATA pada masa hadapan dan juga membuka peluang kepada pengunjung untuk mengajukan soalan kepadanya.

Ihsan Program PERMATA

Program PERMATApintar hanyalah satu daripada 6 lagi inisiatif lain di bawah Program PERMATA iaitu: PERMATA Negara, PERMATA Seni, PERMATA Insan, PERKASA Remaja, PERMATA Kurnia, dan Hospital PERMATA seperti yang ditunjukkan dalam tayangan video mereka. Setiap inisiatif ini mengacu kepada keperluan bakat pelajar yang berbeza.

Boleh layari laman Program PERMATA untuk maklumat lanjut.


Ini merupakan beberapa kisah pelajar dan alumni Program PERMATA:

  1. Muhammad Amir Rafiq: Interview di London;
  2. Inderjeet Kaur: 10 pelajar genius dunia; mewakili Malaysia ke London Youth Science Forum;
  3. Rahazimah Alzahrah: Global STEM Alliance; Pembantu Penyelidik;

Ada lagi kisah lain? Bolehlah berkongsi dengan kami.

Advertisements