Pengenalan

Istilah God Particle popular di kalangan Fizikawan Zarah [Particle Physicist] sebagai nama sejenis zarah Boson yang timbul akibat excitation dalam medan Higgs. Maka, tidak hairanlah jika Zamir Mohyedin, menggunakan “Zarah Tuhan” dalam artikelnya di The Patriots. Namun, God Particle tidak langsung cuba untuk menyentuh mengenai ketuhanan atau sifat-sifat Tuhan, jangan salah faham. Ia hanyalah sebuah misnomer (penamaan yang tidak menceritakan sifatnya yang sebenar).

Kemudian, baru harini, keluar berita mengenai sebuah zarah fermion Angel Particle, maka adakah kita akan menamakannya Zarah Malaikat?

Isunya

Masalah dengan misnomer sebegini ialah ia akan menimbulkan (dan sudahpun timbul) salah faham dalam kalangan masyarakat marhaen.

Lagi teruk kalau muncul pula kultus yang menyembah zarah yg dikatakan “Tuhan” ni. Ia tidak mustahil untuk berlaku kalau orang boleh percaya “Pokemon” itu maknanya “Aku adalah Yahudi”

Sebenarnya, ada nama yang lebih sesuai berbanding God Particle dan Angel Particle, iaitu “Zarah Higgs” dan “Zarah Majorana” bersempena dengan mereka yang mengusulkan kewujudan zarah-zarah tersebut.

Sebagai seorang manusia, mengelakkan salah faham sejauh mungkin merupakan antara tugas kita, dan ada pilihan nama yang lebih baik, maka eloklah kalau God Particle tidak ditransliterasikan sebagai Zarah Tuhan tapi diterjemahkan sebagai Boson Higgs atau Zarah Higgs untuk segala urusan God Particle. Begitulah juga untuk Zarah Majorana.

Biarlah orang English kenal Zarah Higgs sebagai God Particle, ia sudahpun popular, tiada apa yang boleh kita lakukan tapi jangan biarkan orang Malaysia kenal zarah ini sebagai Zarah Tuhan.

Sekian,
Sebuah surat terbuka untuk para penulis dan penyampai sains berbahasa melayu.

Nota kaki: God Particle dan Angel Particle tidak dinamakan sebegitu untuk menyesatkan umat islam ya! Ada sejarah di sebalik misnomer ini.

Advertisements