Sains di sebalik kucing Calico.

Kembali lagi bersama Yaya dalam artikel ini! Khas dibawakan untuk pencinta sains dan juga kucing-kucing yang menjadi penyeri dunia yang fana ini.

Kucing Calico ialah kucing dengan tiga warna dan apa yang lebih menarik lagi, kucing Calico sangat terkenal dalam budaya Jepun. Ada sesetengah penduduk dunia menganggap kucing ini mempunyai kuasa magis!

Apa-apa pun, selama ini Yaya hanya menganggap ianya kucing biasa sampailah tahu apa rahsia sains yang tersorok disebalik kucing Calico ini.

Hasil carian imej untuk calico cats
Kucing Calico. Ihsan – Tim van Eenennaam @ flickr

Rahsia kromosom X

Kebanyakan organisma mempunyai cara tersendiri dalam menentukan jantina generasi yang seterusnya bagi memastikan kemandirian spesies tersebut. Sebagai contoh, sekiranya zigot yang terbentuk itu mengandungi dua kromosom X maka bayi perempuan yang dilahirkan. Sekiranya kromosom X ditemani lagi satu kromosom Y maka bayi lelaki lah yang bakal dilahirkan.

Bagi memudahkan penerangan, kita ambil mamalia spesies kucing untuk dijadikan contoh bagi penerangan seterusnya.

Masalah yang timbul ialah apabila terdapatnya kedua-dua kromosom X dalam mamalia betina dan ianya mustahil untuk satu sel mempamerkan kedua-dua ciri dalam masa yang sama. Jadi, apa yang terjadi seterusnya?

Jawapannya ialah, salah satu daripada dua kromosom X tersebut menjalani proses penyahaktifan untuk membentuk jasad Barr [Barr body]. Kiranya dalam setiap sel ada-lah yang perlu mengalah.

Pembentukan jasad Barr (Barr body)

Jasad Barr merupakan kromosom X yang telah dinyahaktifkan menjadi kecil dan padat. Proses penyahaktifan kromosom X ini berlaku pada awal pembentukan embrio dimana prosesnya terjadi secara rawak. Maksudnya, jikalau satu sel menyahaktifkan kromosom X daripada ibu, tidak bermakna kesemua sel-sel jirannya akan melakukan perkara yang sama juga.

Hasil carian imej untuk barr body
Rupa bentuk jasad Barr. Ihsan – Pathology Outlines.

P/S – Dalam kes kanggaru pula, kromosom X dari si ayah yang dinyahaktifkan.

Boleh bayangkan tak bagaimana proses yang sama memberikan kesan kepada kucing Calico atau kucing tiga warna yang saya sebutkan tu?

Kucing Calico ialah contoh organisma kimera

Organisma kimera ialah organisma yang terdiri daripada genotip yang berbeza. Dalam kes kucing Calico, terdapat 3 warna yang diekspresikan dalam satu masa membentuk tompokan dan corak pada bulunya.

Percayakah anda bahawa kurang dari 1% sahaja kucing Calico ialah kucing jantan? Maksudnya kebanyakan kucing Calico yang anda jumpa semuanya betina!

Ini kerana kucing Calico jantan mengalami masalah kecacatan genetik yang dialami sama seperti individu yang menghidapi sindrom Klinefelter dengan kromosom XXY. Biasanya, kucing Calico jantan tidak dapat hidup dengan lama kerana mengalami masalah kesihatan. 😥

Rajah pembentukan kucing Calico

Calico Cat
Buat pengetahuan anda, sel-sel haiwan sepatutnya mempunyai bentuk tidak tetap. Oleh itu, ini hanya sekadar rajah untuk memudahkan penerangan.

1)Bermula dengan pembentukan zigot dengan dua kromosom X yang membawa genotip warna bulu oren dan hitam.

2)Pembentukan embrio awal sebelum berlakunya penyahaktifan kromosom X.

3)Pembentukan jasad Barr berlaku secara rawak dalam sel-sel dengan penyahaktifan salah satu daripada dua kromosom X setiap sel. Sel-sel yang membahagi selepas daripada proses itu tidak lagi menjalani proses yang sama.

4)Terjadilah kucing kesayangan anda yang mengacau anda di rumah.

Menarik bukan? Saya tak hairan sangat kalau kucing Calico ini dianggap istimewa kerana dari segi genetik pun dah cukup melambangkan keistimewaannya.

Wujudkah pembentukan jasad Barr dalam organisma lain?

Jawapannya ialah ya. Paling dekat dengan kita ialah diri tidak lain tidak bukan ialah perempuan. Itulah sebabnya sesetengah keadaan seperti rabun warna tidaklah begitu besar kesannya terhadap individu yang bergelar perempuan.

Tak percaya? Boleh lah tengok video ini:

Itu sahaja buat kali ini. Bolehlah fikir-fikirkan tentang sains di sebalik kucing Calico sekiranya berjumpa dengan kucing-kucing istimewa tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s