Bolehkah Kalian Selesaikan #CabaranFiziklah Yang Penuh Misteri Ini?

Pengenalan

Tet-tet-tet-tet-tet—. Itulah pesanan yang kami dapat daripada dua penyampai kreatif ilmu Fizik; Admin A dan Admin Z iaitu penulis laman Fiziklah! (Apa lagi? Fiziklah!).

Logo Fiziklah! Dipetik dari laman mereka.

Siapakah Fiziklah?

Memetik kata-kata mereka, “Fiziklah! merupakan hasil sembang-kencang dua orang sahabat lepasan jurusan fizik (Admin A dan Admin Z) dengan satu matlamat – menzahirkan fizik ke dalam kehidupan orang awam (tetapi dengan cara yang tidak menakutkan!).

Sejak awal 2016 sehingga sekarang, mereka menulis artikel-artikel berkaitan Mekanik Klasik,  Mekanik Kuantum, Keelektromagnetan, Optik dan Gelombang, Fizik Zarah, Astrofizik dan pelbagai bidang kecil Fizik. Mereka juga ada membuat laporan tentang aktiviti yang menarik

Antara artikel yang menarik termasuklah artikel mengenai Kristal Masa, Teori Tetangsi [String Theory], dan juga mengenai apa yang dipanggil “Zarah Tuhan” oleh Fizikawan. Apa yang lebih menarik ialah mereka mempunyai fungsi “simpan sebagai PDF”! Maknanya, anda boleh baca lagi artikel mereka walaupun tanpa capaian internet!

Di laman Instagram mereka pula mereka sibuk memuatnaik demonstrasi-demonstrasi Fizik yang menarik beserta penerangan yang ringkas!

Mengapa Unifi lebih pantas daripada Streamyx? Unifi adalah perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang menggunakan kabel gentian optik untuk membawa data. Manakala, Streamyx adalah teknologi lama (yang masih digunakan di sesetengah kawasan di Malaysia) yang menggunakan kabel wayar tembaga untuk membawa data. Apabila membincangkan mengenai kelajuan Internet, aspek penting yang perlu diambil kira adalah jumlah data yang mampu dibawa per unit masa. Bagi gentian optik, maklumat ditukarkan ke dalam bentuk binari iaitu isyarat 0 dan 1; 0 diterjemahkan kepada tiada denyutan (pulses) manakala 1 diterjemahkan kepada ada denyutan cahaya. Denyutan-denyutan cahaya ini dibawa oleh kabel dengan memanfaatkan kejadian pantulan dalam penuh. Cahaya, seperti yang diketahui, bergerak sangat laju merentasi kabel. Apabila tiba ke pengguna, penerima optik mengubah denyutan cahaya kembali kepada maklumat elektronik. Manakala, Internet yang menggunakan wayar tembaga membawa data dalam bentuk arus elektrik. Perubahan medan elektromagnet adalah isyarat yang dikesan dan diterjemahkan ke dalam bentuk maklumat elektronik. Di Malaysia, kelajuan Streamyx mencapai 4 Mbps manakala Unifi mencecah 100 Mbps. Apa lagi, Fiziklah! | www.fiziklah.com #physics #Malaysia #education #Internet #technology #fibreoptics #copperwire #speed

A post shared by Fiziklah! (@fiziklah) on Mar 12, 2017 at 11:02pm PDT

#CabaranFiziklah

Sempena meraikan pencapaian melebihi 1,000 pengikut di Twitter (@fiziklah), kedua-dua Admin ini ingin memberikan cabaran kepada para pembaca yang setia. Cabaran ini diberikan dalam bentuk bunyi tet-tet-tet-tet; adakah ianya Kod Morse ataupun bukan? Satu artikel sepatutnya sudah keluar untuk memberikan kita petunjuk mengenai bunyi misteri itu dan kami masih menunggu. Cabaran ini berakhir pada 1 April 2017 jam 8 malam, maka eloklah kalau kalian cepat-cepat mengikuti pautan cabaran ini.


Fiziklah kini berada di laman Facebook, Instagram dan Twitter. Sila ikuti pautan berikut untuk mengikuti perkembangan laman mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s