Bahaya Akrilamid Dalam Makanan?

Pengenalan

Salam sejahtera. Kembali lagi Yaya dalam artikel seterusnya untuk mengupas tajuk “Bahaya Akrilamid Dalam Makanan”. Memandangkan Akrilamid berpotensi untuk wujud dalam makanan yang kita sering nikmati setiap hari, maka Yaya terpanggil untuk menulis.

Alahai. Kenapalah sedih sangat ni? Makin rentung makin banyak Akrilamid. Kenapa ya? Ihsan – Health Ambition

Baiklah. Apa itu Akrilamid? Bagaimana ia terbentuk dalam Makanan?

Akrilamid boleh terbentuk melalui penghidratan Akrilonitril dan digunakan dalam makmal untuk tujuan pelbagai seperti proses elektroforesis dan juga industri seperti industri rawatan sisa kumbahan. Akrilamid dikategorikan sebagai sebatian kimia neurotoksin, dengan kesannya dapat dilihat jelas pada haiwan dalam kajian saintifik yang dijalankan. Biarpun kesannya setakat ini dapat dilihat pada manusia yang terdedah dengan dos yang tinggi, ianya masih menjadi kebimbangan apabila Akrilamid didapati wujud secara semulajadi dalam makanan. Tambahan pula, Akrilamid juga diklasifikasikan sebagai bahan karsinogen, iaitu bahan penyebab kanser.

Secara umumnya, Akrilamid terbentuk dalam makanan apabila asid amino dan gula bertindak balas dalam suhu yang tinggi. Suhu yang tinggi melibatkan cara-cara memasak seperti membakar, memanggang dan menggoreng mampu menyokong proses penghasilan Akrilamid. Walaubagaimanapun, asid amino Asparigine didapati lebih cenderung untuk membentuk Akrilamid berbanding jenis asid amino yang lain.

Ini ialah struktur Akrilamid (C3H5NO) . Ihsan – About Education (Chemistry)

Adakah jumlah kandungan asid amino Asparigine mempengaruhi jumlah Akrilamid yang dihasilkan?

Walaupun asid amino Asparigine lebih cenderung untuk menghasilkan Akrilamid berbanding asid amino lain, kandungan Asparigine semata-mata tidak boleh dijadikan pembolehubah untuk mengukur kadar penghasilan Akrilamid. Tidak ada perkaitan yang signifikan antara kedua-duanya. Malah, sebuah artikel menyatakan, walaupun sayur Asparagus didapati mempunyai asid amino Asparigine yang tinggi, ia hanya menghasilkan jumlah Akrilamid yang minimum.

Ini menunjukkan bahawa penghasilan Akrilamid juga sangat bergantung kepada cara-cara memproses makanan sama ada ia melibatkan suhu yang tinggi atau tidak. Biasanya, penghasilan Akrilamid hanya akan terjadi dengan pesatnya apabila terdedah dengan suhu melebihi 120 darjah selsius.

Contoh-contoh Makanan yang mengandungi Akrilamid?

Memandangkan dalam kebanyakan artikel yang Yaya sudah analisis, produk makanan yang sering menjadi tumpuan ialah yang berasaskan kentang seperti kentang goreng dan juga kerepek kentang. Kedua-dua jenis makanan ini didapati mengandungi kandungan Akrilamid yang paling tinggi antara makanan-makanan yang lain.

Akrilamid juga didapati dalam makanan-makanan lain seperti bijirin, biskut dan juga kacang almond panggang. Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis roti yang kita nikmati selalu. Itulah sebabnya kita perlu mengamalkan diet yang seimbang.

Siapa yang suka sangat makan kerepek kentang atau kentang goreng tu baik mengaku cepat! Ihsan – TheStar.com

Alternatif mengurangkan pengambilan Akrilamid secara tidak langsung?

Okay. Sekarang tiba masanya untuk kita ulangkaji semula apa yang sudah kita baca dan kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Memandangkan suhu melebihi 120 darjah selsius menyebabkan penghasilan Akrilamid, elakkan memasak makanan seperti kentang dengan cara menggoreng atau membakar. Gunakan cara-cara lain seperti mengukus atau merebus. Mungkin boleh buat kentang putar daripada membuat kentang goreng? Hehehe.

Bagi sesiapa yang minat makan roti, pastikan kerak disekeliling roti yang terlalu hitam dibuang dahulu sebelum anda memakannya. Bukan nak memilih atau membazir, tetapi bagi mengurangkan pengambilan Akrilamid. Yalah, nama pun nak jaga kesihatan bukan?

Oh, jangan lupa! Kalau hendak buat roti bakar, asalkan perang sikit-sikit sudahlah. Janganlah sampai rentung pula. Bahagian perang mengandungi lebih banyak Akrilamid yang terkumpul.

Rumusan:

Walaupun setakat ini tiada kajian yang jitu mengenai kesan Akrilamid ke atas manusia dan perkaitannya dengan kanser, kita dinasihatkan untuk berjaga-jaga dengan pengambilan Akrilamid dalam makanan. Kan ada pepatah inggeris “You are what you eat” menunjukkan bahawa makanan dan manusia sangat berkait.

Cuba bayangkan, dari pagi anda ambil 4 keping roti bakar yang berwarna perang. Ditemani dengan air kopi pekat seterusnya waktu tengah hari dengan makan kentang goreng yang dipenuhi Akrilamid pula. Sesudah itu, anda menghabiskan masa petang anda menonton televisyen dengan mengunyah kerepek kentang. Aduh, berapa banyak kandungan Akrilamid yang sudah memasuki badan? Ha? Terkira tak?

Sekian dari Yaya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s