Pengenalan

 

Boboiboy: The Movie – Studio Animonsta

 

Sudah tentu ramai ketahui siri animasi Boboiboy sejak kemunculannya pada tahun 2011 di TV3 oleh Animonsta Studios. Baru-baru ini pula keluar Boboiboy Galaxy iaitu sebuah rebranding daripada siri asal. Garis masa Boboiboy Galaxy adalah sambungan beberapa tahun selepas Boboiboy: The Movie. Mungkin ada yang tak perasan tapi Boboiboy: The Movie dah banyak kali melanggar hukum Fizik.

Spoiler Alert!

Dari awal hingga akhir siri pendedahan Fizik Boboiboy akan mempunyai spoiler kepada siri Boboiboy: The Movie. Maka, saya akan anggap pembaca sudah menonton filem animasi tersebut atau pembaca tidak kisah tentang mana-mana spoiler.

Adudu dan Probe Melanggar Hukum Gerakan Newton Pertama

Dalam satu babak Boboiboy: The Movie, Adudu dan Probe dicampak keluar dari kapal angkasa kumpulan Tengkotak. Kemudian mereka berdua jatuh terus ke laut seperti dalam animasi gif ini.

ezgif-com-a16769c08e
Boboiboy: The Movie – Studio Animonsta

Hukum Gerakan Newton pertama mengatakan yang halaju setiap objek akan terjaga melainkan ada daya yang mengubahnya. Dalam kes ini, Adudu dan Probe sudah mempunyai halaju ke depan yang dibawa oleh kapal angkasa tersebut. Graviti bumi hanya mengubah halaju atas dan bawah maka halaju ke depan mereka akan terjaga. Dalam klip di atas halaju Adudu dan Probe yang ke depan hilang terus. Benda ini tak patut terjadi (rintangan udara tak sepatutnya membawa impak yang signifikan untuk Adudu dan Probe).

Trajektori (haluan) mereka sepatutnya begini dalam kehidupan sebenar (dan mengabaikan rintangan udara):

Disebabkan halaju (ke depan) objek sama dengan halaju kapal terbang, objek yang jatuh akan sentiasa selari dengan kapal terbang semasa jatuh.

Apa yang ditembak oleh Gaganaz?

Beberapa adegan aksi menunjukkan Gaganaz menembak sejenis pancaran tenaga daripada dua laras penembak di bahunya. Kita tak perlukan mata yang tajam untuk tahu yang pancaran tenaga itu boleh mengubah arah sesuka hatinya. Setakat ini, hanya peluru berpandu yang boleh mengubah arah ikut sesuka hati. Namun, peluru berpandu tidak mempunyai rupa seperti satu pancaran cahaya. Maka, apa sebenarnya yang ditembak Gaganaz?

ezgif-com-42820eecd6

Ada satu kemungkinan: Elektron. Kita boleh mengubah arah pancaran elektron dengan mengawal medan magnet. Namun, dari mana dia mengawal medan magnet dan bagaimana dia mengawalnya dengan begitu spesifik dari arah jauh? Untuk teknologi kini, ia masih tiada jawapan.

Ia tidak mungkinlah pancaran cahaya sebab cahaya tidak boleh membengkok. Malah, apa sahaja benda tidak boleh membengkok sesuka hati.

Lohong Hitam yang tak seperti Lohong Hitam

Lohong Hitam [Black Hole] ialah satu entiti misteri yang berada di tengah-tengah galaksi. Namun, apa yang pasti, jika Lohong Hitam wujud di muka bumi ini, ia pasti sudah hilangkan sebahagian daripada muka bumi ini. Namun, dalam Boboiboy: The Movie, nampaknya tanah sekitar Kedai Kokotiam Tok Aba masih lagi kekal.

something
Ini adalah pemandangan kawasan sekitar Kokotiam Tok Aba. Sepatutnya ada lubang di tengah-tengah itu.

Itu baru sentuh sedikit tentang lohong hitam dan itu pun tidak bercakap pada skala penuh. Dalam entri seterusnya, kami akan kupas sebanyak mungkin tentang lohong hitam yang mungkin pembuat filem terlepas pandang.

Advertisements